Perlembagaan

April 23rd, 2018

PERKARA I

Fasal I : NAMA

Persatuan ini dikenali dengan nama Pengawas Kantin Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang .

PERKARA II

FASAL I : ALAMAT

Alamat rasmi ( sekolah ) persatuan ialah 2, Jalan Gottlieb , 10350 Pulau Pinang .

PERKARA III

FASAL I : TUJUAN / OBJEKTIF

Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan yang berikut :

(1) Mengawal kebersihan dan disiplin pelajar di kantin sekolah . Tujuan ini telah semua pengawas kantin beruasaha untuk mencapainya dengan menjalankan tugas masing-masing di kantin setiap hari semasa waktu rehat . Kebersihan kantin dikawal dengan memastikan pinggan mangkuk serta gelas-gelas diletakkan pada tempat yang disediakan dan tisu tidak ditinggalkan di atas meja . Pelajar juga tidak dibenarkan bercakap dialek .

(2) Berkhidmat kepada sekolah

Tujuan tersebut adalah untuk mengingatkan pelajar dan semua pengawas kantin supaya harus membalas jasa sekolah kerana memberi pendidikan dan pelajar berterima kasih kepada pihak sekolah dengan memberi perkhidmatan .

PERKARA IV

FASAL I : KEAHLIAN

1.1 Terbuka kepada semua pelajar pada Tingkatan 2 ke atas di sekolah ini .

1.2 Mematuhi peraturan sekolah dan peraturan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan .

1.3 Pelajar akan dikehendaki menghadiri 2 kali temu duga sebelum dilantik sebagai seorang Pengawas Kantin .

1.4 Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam sesuatu keputusan .

1.5 Jika ahli menarik diri dari menjadi ahli , wang yurannya tidak akan dipulangkan malahan akan dipotong markah dimerit 8 markah dan dicatatkan dalam buku laporan .

PERKARA V

FASAL I : PENTADBIRAN

1.1 Penaung ( Pengetua / Guru Besar )

1.2 Penyelaras ( PK HEM / PK KOKURIKULUM )

1.3 Penasihat

1.4 Ahli Jawatankuasa :

      1.4.1 Pemilih Ahli Jawatankuasa mestilah dilantik dalam mesyuarat Agung Tahunan .

      1.4.2 Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada :

                – Pengerusi

                – Naib Pengerusi

                – Setiausaha

                – Naib Setiausaha

                – Bendahari

                – Naib Bendahari

                – Ketua Disiplin

                – Penyelia Papan Kenyataan

                – Wakil Tingkatan

1.5 Tugas dan tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

      1.5.1 Pengerusi akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa serta mengawal perjalanan persatuan .

      1.5.2 Naib Pengerusi akan membantu Pengerusi dalam hal persatuan dan mempengerusikan mesyuarat semasa                    ketiadaan pengerusi .

      1.5.3 Setiausaha akan menguruskan segala surat-menyurat dan menyediakan minit mesyuarat serta merekodkan                 semua aktiviti .

      1.5.4 Penolong Setiausaha menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa                         ketiadaan setiausaha .

      1.5.5 Bendahari akan memungut segala bayaran ahli , menyimpan akaun persatuan serta menyediakan Penyata                    Kewangan Tahunan sebelum mesyuarat agung .

      1.5.6 Wakil Tingkatan akan mengambil kedatangan ahli Wakil Tingkatan dan juga berkuasa memilih ahli-ahli                       untuk menjalankan sesuatu tugas untuk persatuan .

PERKARA VI

FASAL I : KEWANGAN

1.1 Yuran Ahli

      Yuran keahlian sebanyak RM 1 seulan .

1.2 Objektif Tabungan

      1.2.1 Semua kutipan yuran dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti persatuan sahaja .

      1.2.2 Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain dari mana-mana pihak .

1.3 Kuasa meluluskan kewangan

      Kuasa meluluskan kewangan terletak di tangan Jawatankuasa Pusat .

1.4 Kaedah Penyimpanan Wang

       Wang persatuan yang melebihi RM 100 harus disimpan .

PERKARA VII

FASAL I : PERATURAN

1.1 Peraturan Mesyuarat

      Mesyuarat Agung Tahunan diadakan pada satu tarikh yang sesuai dan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat       dengan persetujuan Guru Penasihat .

      Mesyuarat Agung diadakan untuk :

      (i) Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas .

      (ii) Menerima dan mengesahkan laporan kewangan .

      (iii) Meminda perlembagaan apabila diperlukan .

      (iv) Membubarkan Jawatankuasa lama .

      ( v ) Memilih ahli-ahli jawatankuasa yang baru .

1.2 Mesyuarat Tahunan 1 Ahli Jawatankuasa hanya sah apabila 2/3 daripada ahli-ahli hadir .

1.3 Notis Mesyuarat Agung Tahunan 1 Ahli Jawatankuasa mesti dikeluarkan seminggu sebelum tarikh mesyuarat             akan diadakan .

1.4 Mesyuarat Agung Tahunan 1 Perjumpaan mesti dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang guru penasihat .

1.5 Perjumpaan akan diadakan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh sekolah .

1.6 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan dengan licin dan                         sempurna .

FASAL II : PENYERTAAN AKTIVITI LUAR

2.1 Semua aktiviti luar mesti melalui dan diluluskan oleh pihak sekolah dan mendapat kebenaran ibu bapa .

  • Comments(0)

Comments are closed.