Skop Tugas

April 23rd, 2018

Peengerusi

Pengerusi akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa serta mengawal perjalanan persatuan .

Naib Pengerusi

Naib Pengerusi akan membantu Pengerusi dalam hal persatuan dan mempengerusikan mesyuarat semasa                   ketiadaan pengerusi .

Setiausaha

Setiausaha akan menguruskan segala surat-menyurat dan menyediakan minit mesyuarat serta merekodkan                 semua aktiviti .

Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa                         ketiadaan setiausaha .

Bendahari

Bendahari akan memungut segala bayaran ahli , menyimpan akaun persatuan serta menyediakan Penyata                   Kewangan Tahunan sebelum mesyuarat agung .

Wakil Tingkatan

Wakil Tingkatan akan mengambil kedatangan ahli Wakil Tingkatan dan juga berkuasa memilih ahli-ahli                       untuk menjalankan sesuatu tugas untuk persatuan .

  • Comments(0)

Comments are closed.